BAITULMAQDIS 02/04/2019


Bismillahirrahmanirrahim.

Penaklukan Kota Baitulmaqdis oleh Zionis Laknatullah iaitu Israel merupakan sesuatu yang mengundang kemarahan seluruh ummat Islam. Kota yang menjadi kebanggaan ummat Islam dirampas dan dihilangkan haknya untuk ummat Islam di Palestin. Pelbagai kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Zionis Laknatullah untuk menyingkirkan ummat Islam di sana. Berapa ramai bapa, ibu, kanak-kanak dan muda-mudi yang telah syahid ketika mempertahankan agama Islam daripada terus dicemari oleh golongan Zionis Laknatullah. Anak-anak kehilangan ibu, bapa, ahli keluarga dalam sekelip mata dan bertahan hidup sendirian di bumi Palestin yang saban hari menerima das-das peluru serta bom daripada Zionis Laknatullah. 

Namun, itu semua tidak menghalang mereka untuk terus kuat mempertahankan Islam di bumi Palestin agar Islam terus tertegak dan kembali menyebarkan syiarnya ke seluruh pelusuk bumi Palestin. Dan secara tak langsung dapat kembali menakluki masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis yang telah sekian lama 'tersimpan' di dalam tangan Zionis Laknatullah. Saban hari, solat berjemaah terus dilakukan, manakala  Al-Quran dibaca dan dihafaz untuk terus menyuburkan rasa kecintaan, kekuatan serta kebergantungan kepada Allah SWT untuk menolong hamba-hambaNya yang sekian lama dianiayai oleh Zionis Laknatullah. 

Ummat Islam di seluruh dunia sentiasa bersatu padu menolong ummat Islam di Palestin supaya sumber makanan sentiasa cukup dan tidak putus. Sejenak kita terfikir, mungkin asbab terjadinya peperangan di bumi Palestin, salah satunya juga adalah untuk terus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ummat Islam di seluruh dunia. Pertolongan demi pertolongan dari segi makanan, pakaian dan lain-lain lagi terus-menerus tiba di bumi Palestin untuk ummat Islam yang masih bertahan hidup di sana. 

Kekuatan sebenar seorang hambaNya adalah bergantung kepada Allah SWT. Hari ini kita kuat, tidak bermakna esok begitu jua. Mungkin lebih kuat daripada hari ini. Mungkin juga lemah. Yang terpenting adalah usaha kita untuk terus rapat denganNya. Doa adalah satu ubat yang paling mujarab untuk terus mendapatkan apa yang kita mahukan. Selitkanlah juga dalam doa kita untuk kebebasan BaitulMaqdis serta bumi Palestin sendiri daripada terus dicengkam oleh Zionis Laknatullah dan dapat menegakkan syiar Islam yang sekian lama ditindas oleh golongan Zionis Laknatullah. 

 

Pencarian pantas
Advertisement
Popular Posts



loading

Terima kasih kerana memilih Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd

Sila tunggu sementara kami memuatkan