SEJARAH RINGKAS KOTA ISTANBUL 02/04/2019


Bismillahirrahmanirrahim.

Kota Istanbul. Kota sejuta tamadun yang tersimpan pelbagai kisah kepahlawanan dan sejarahnya yang tersendiri. Pernah dikenali dengan nama Konstantinapel, kota rebutan ramai pihak suatu ketika dahulu termasuk pahlawan Islam yang agung dalam lipatan sejarah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh menakluki Kota Konstantinopel seawal usia 21 tahun menjadi bualan ramai pihak memandangkan usia tersebut begitu muda untuk seseorang menakluki kota tersebut. Seperti mana yang kita tahu, Kota Konstantinopel ialah sebuah kota yang amat susah untuk ditakluki oleh semua pihak.

Namun, Sultan Mohammad Al-Fateh berjaya menawan kota tersebut dan merungkaikan sabda Nabi SAW dalam sebuah hadith baginda iaitu :

Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.” (Al Hadis)

Nama lain bagi kota Istanbul ini ialah Konstantinopel, Byzantium, serta Stamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. 

Baca lagi :

https://www.thepatriots.asia/riwayat-hidup-sultan-muhammad-al-fateh-pembuka-konstantinopel/

Dalam menyelusuri Kota Istanbul, pastinya terdapat banyak tempat menarik di Turki selain dari Istanbul yang menjadi tarikan utama pelancong apabila melancong ke negara Turki. Berikut disenaraikan beberapa tempat yang menarik di sana. Antaranya : 

  • Blue Mosque atau Masjid Biru

  • Hagia Sophia

  • Grand Bazaar

  • Istiklal Street

  • Beylerbeyi Palace

  • Topkapi Palace

Turki, negara penuh sejarah dan tamadun Islam. Semoga kita semua dapat menjelajahi keunikan dunia Islam di negara Turki khususnya Istanbul untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sana. 

Pencarian pantas
Advertisement
Popular Posts



loading

Terima kasih kerana memilih Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd

Sila tunggu sementara kami memuatkan