MAHABBATEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD
Mahabbaten adalah sebuah agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan perjalanan umrah serta ziarah. Selain umrah, Mahabbaten juga menawarkan perkhidmatan pelancongan Muslim ke serata dunia.
Perkataan “mahabbaten” bermaksud dua cinta, simbolik untuk Cinta Allah & Cinta Rasulullah.
Mula ditubuhkan pada tahun 2016 dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi serta pengalaman yang luas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah.

MAHABBATEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD
Misi & Visi
Misi
Menyediakan perkhidmatan pelancongan berkualiti antarabangsa. Memastikan ilmu dan adab musafir dijiwai oleh setiap jemaah Mahabbaten agar selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Asya'irah. Mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.
Visi
Menjadi sebuah syarikat pelancongan Islamik berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah Asya'irah yang terbaik di Malaysia dan dikenali dunia
Lembaga Pengarah

Pengarah Urusan
HAJI MOHAMMAD REDZWAN BIN IDRIS
Dilahirkan di Hospital Besar Tunku Ampuan Rahimah Klang, Selangor pada 25 September 1982. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kelana Jaya (2) dan seterusnya ke Sekolah Agama Menengah Hishamuddin Klang sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Seaport Kelana Jaya sebelum meneruskan pengajian di peringkat tertinggi dan mendapat Ijazah BSc Computer Science (Hons) Software Engineering.
Pada awalnya, beliau telah memulakan karier sebagai Penolong Pengurus Andalusia Cawangan Shah Alam dan kemudian menjadi Pengurus Andalusia Cawangan Kelana Jaya. Seterusnya, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Umrah di Faizi International Travel & Tours dan akhirnya meneruskan karier sebagai Pengarah merangkap Pengarah Urusan di Mahabaten Travel & Tours Sdn. Bhd. sehingga kini.
Pengalaman beliau dalam bidang umrah telah melebihi 12 tahun dan pelbagai ilmu telah dicurahkan kepada kakitangan di bawah jagaan beliau. Beliau telah dianugerahkan Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) di USIM. Kakitangan di bawah kendalian beliau di Mahabaten Travel & Tours melebihi 40 orang.

Pengerusi Eksekutif
USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID
Ustaz Don Daniyal atau nama sebenarnya Don Daniyal Bin Don Biyajid adalah seorang anak kelahiran negeri Pulau Pinang di Bukit Mertajam. Beliau merupakan seorang guru agama di Malaysia.
Beliau adalah lulusan Diploma Tahfiz Al-Quran Wali Qiraat, Darul Quran dan menyambung pengajian di peringkat tinggi Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat Maahad Qiraat Al-Azhar di Shoubra, Mesir.
Sejak pulang ke tanah air, beliau telah terlibat dalam mengajar dan menyumbangkan ilmu kepada masyarakat terutamanya di negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Beliau juga merupakan duta Wakaf Selangor pada tahun 2012 sehingga 2017, dan sehingga kini, beliau merupakan duta Wakaf Negeri Sembilan. Beliau juga adalah Ikon Mahabbah kepada Yayasan Islam Darul Ehsan dalam mengendalikan keprihatinan anak-anak yatim.
Beliau telah menjejak kaki ke Tanah Haram buat kali pertama pada tahun 2012 sehingga sekarang. Keunikan Ustaz Don ialah penyampaian dan penceritaan beliau tentang tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya. Disebabkan itu, Ustaz Don telah dilantik untuk menjadi sebahagian jawatan Pengerusi Eksekutif Mahabaten Travel & Tours Sdn. Bhd. pada tahun 2017 sehingga kini.
Organisasi Syarikat
Timbalan Pengarah Urusan
Nisa Khairi
Pengurus Sumber Manusia & Akaun
SH. Nurfarhana
Pengurus Umrah
Nor Fatihah
Pengurus Digital & Multimedia
Amir Syafiq
Penolong Pengurus Sumber Manusia & Akaun
Nur Ain
Penolong Pengurus Digital & Multimedia
Khairunnisa
Pegawai Agama
Amirul Firdaus
Pegawai Airport
Ridzwan
Ketua Jabatan Cawangan
Danish Akmal
Pegawai Operasi Umrah
Aimi Nazihah
Pegawai Operasi Umrah
Naqibah
Pegawai Operasi Umrah
Rahimi
Pegawai Operasi Umrah
Wardina Sofea
Pegawai Operasi Jualan
Khasih Dayini
Pegawai Operasi Jualan
Laila Aida
Pegawai Operasi Jualan
Yasin
Pegawai Operasi Jualan
Nuralia
Pegawai Haramain
Zikril Hakim
Pegawai Haramain
Aiman Shazwan
Pegawai Haramain
Alfahim
Cawangan Mahabbaten Travel & tours
Seremban 2, Negeri Sembilan
No 35, 2nd Floor, Jln S2 B18, Biz Avenue, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Johor Bahru, Johor
No 16, 01, Jln Padi Emas 1/7, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Gombak, Selangor
10A, 1st Floor, Jalan SG 1/2, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Seberang Jaya, Penang
No 37, 1st Floor, Jalan Todak 2, Seberang Jaya, 13700 Prai, Pulau Pinang
Pekan, Pahang
Pusat Komersial Mahkota, No.7, Tingkat 1, Jalan Mahkota, 26600 Pekan, Pahang
Kuala Krai, Kelantan
PT 2447, Tingkat 3, Taman Central Park, 18000 Kuala Krai, Kelantan
Ipoh (Akan Dibuka)
21A, Jalan Silibin, Pusat Perniagaan Utama, 30100, Ipoh, Perak